KLKM KLIUC TO BE NUMBER ONE
September 24th, 2006 by klkmkliucKLIUC - bersyukur ke hazrat ilahi kerana sekali lagi KLKM KLIUC berjaya menamatkan aktiviti KLKM KLIUC tahun 2006. Tahun 2006 KLKM KLIUC bermulanya dengan aktiviti Kepimpinan di Wisma Kelana Seri Angkasa, Kuala Muda, Kedah. Membantu mangsa banjir di Jitra, Kedah dan melawat penempatan Tsunami di Kota Kuala Muda di Kedah dan kami mengakhiri aktiviti KLKM KLIUC untuk tahun 2006 dengan mengadakan Kem Ikhtiar Hidup di Pusat Kokurikulum UDM Kampus Kusza, Pantai Merang, Setiu, Terengganu. Untuk tahun 2006 sahaja kami telah mengadakan hampir 16 program bermula dari Disember 2005 sehingga September 2006 dengan kekuatan ahli seramai 32 orang dan 15 orang Alumni. Tahun 2006 telah mencatat sejarah buat KLKM KLIUC di mana 4 ahli kami memegang jawatan tertinggi di dalam Majlis Perwakilan Pelajar KLIUC. Ahli kami juga terpilih mewakili Pengakap Malaysia ke Peringkat Antarabangsa dan KLKM KLIUC merupakan kelab pertama yang berjaya menghantar ahlinya mewakili Malaysia ke Peringkat Antarabangsa dan tahun ini juga kepimpinan KLKM teruji apabila Pesuruhjaya KLKM KLIUC En Vasan Mariappan meletakan jawatan sebagai Pensyarah di KLIUC untuk menyambung pelajarannya di- UPM. Bagi kami matlamat kami KLKM KLIUC to be Number One tercapai dan kami akan berusaha lagi memastikan KLKM KLIUC terus kehadapan.
BBQ KLKM KLIUC
February 12th, 2006 by klkmkliucKem Kepimpinan KLKM KLIUC
December 30th, 2005 by klkmkliucPada 23-26 Disember 2005 telah dijalankan Kem Kepimpinan KLKM KLIUC di Wisma Kelana Seri Angkasa. Seramai 15 oran ahli termasuk Alumni terlibat semasa program berkenaan. Selain melatih ahli dalam menjalankan tugasan. Program pada kali ini jua memberi peluang kepada ahli menjalankan tugasan sukarelawan membantu mangsa banjir di Taman Permata Jitra dan melawat kampung Kepala Jalan, Kota Kuala Muda tempat paling teruk di landa Tsunami setahun yang lalu.
Urusetia Kempori dan Koroburi Daerah Kuala Muda
October 14th, 2005 by klkmkliuc Pada 29 september hingga 1 Oktober 2005, KLKM KLIUC telah di beri penghormatan oleh pengakap Daerah Kuala Muda untuk menjadi Urusetia Perkhemahan Kempori dan Koroburi daerah Kuala muda yang telah diadakan di Wisma Kelana Seri Angkasa, Kuala Muda. Seramai 11 ahli telah bertugas sebagai urusetia di perkhemahan berkenaan.
Kem Jati Diri KLKM KLIUC di Wisma KSA
October 14th, 2005 by klkmkliuc Pada 16 hingga 18 September 2005, KLKM KLIUC telah mengadakan kem jati diri KLKM KLIUC yang telah dijalankan di Wisma Kelana Seri Angkasa Sungai Petani Kedah. Seramai 15 ahli KLKM KLIUC dan 2 orang ahli KLKM Uniten terlibat dalam program pada kali ini. antara program yang dijalankan di sini ialah Berkayak, Masakan Rimba, Baca Kompas, Flying Fox dan beberapa lagi program sampingan.
Perkhemahan Teluk Batik
August 14th, 2005 by klkmkliuc
Pada 5 hingga 7 Ogos 2005, Kumpulan Latihan Kelanasiswa malaysia, KLIUC telah mengadakan perkhemahan di Pantai Teluk Batik, Lumut Perak.
Memang Best gila program kali nie. Selain itu, Perkhemahan adalah untuk memperingati genap setahun KLKM KLIUC menjalankan program pertama iai
tu pendakian ke Gunung datuk yang diadakan pada 7 dan 8 ogos 2004.
Lawatan Susulan Ke Pusat Jagaan Titian Kaseh, Titiwangsa
July 28th, 2005 by klkmkliuc Pada 23 Julai 2005, Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia KLIUC telah mengadakan lawatan Susulan Ke Pusat Jagaan Titian Kaseh ( Rumah anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal). Sebelum ini KLKM KLIUC telahpun menganjurkan Program Kebajikan Titian Kaseh pada 21 Mei 2005. Dimana program berkenaan di sertai seramai 30 orang yang terdiri daripada ahli Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia, majlis Pewakilan Pelajar, Persatuan Mahasiswa Islam, Pensyarah KLIUC dan Staff IKRAM.
Lawatan susulan ini pula telah disertai seramai 15 orang ahli KLKM KLIUC, dimana program ini bermula dari jam 8.30 pagi hingga jam 1.30 tengahari. tujuan utama Lawatan ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan diantara Pelajar KLIUC dengan Penghuni Pusat Jagaan Titian Kaseh. antara pengisian yang telah dijalankan oleh Ahli KLKM sepanjang 6 Jam berada di RTK. beramah mesra bersama penghuni. bersiar-siar bersama penghuni pusat jagaan titian kaseh ke Tasik Titiwangsa, Jamuan Makan tengahari dan Sesi penyampaian sumbagan hasil kutipan dari Ahli KLKM KLIUC.-KLKM KLIUC-